NAMA AHLI:
NAMA
|
NO.PENDAFTARAN
|
MUHAMMAD PUTERA
DANIAL DZARIF BIN SABARUDIN
|
02ESB14F2004
|
NOR HAFIZA BT MOHD
NOOR
|
02DSB14F2025
|
SUHAIMIZA BINTI
ISMAIL
|
02DSB14F2017
|
NUR ADZALAM NASHRAH
BT ABDULL ADZIZ
|
02DSB14F2009
|
NUR SYAHEERA FARIZA
BT ABD.RAHAMAN
|
02CSB14F2004
|
APAKAH PERSEPSI ANDA TENTANG PERLELUASAN FITNAH YANG BERLAKU DALAM INTERNET/MEDIA SOSIAL.
PENDAHULUAN
Pada
masa kini, isu fitnah bukan sahaja berbentuk percakapan antara dua pihak namun
juga dalam bentuk penulisan. Misalnya, dalam komunikasi massa terutamanya dalam
blog juga turut wujudnya fitnah. Fitnah juga merupakan satu perbuatan yang
terkutuk dan sangat dicela oleh mana-mana agama. Firman Allah yang bermaksud:
“Wahai
orang yang beriman, jika datang kepadamu seorang fasik membawa sesuatu berita,
maka selidik(untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpa sesuatu
kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu(mengenainya)
sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.
(Surah
al-Hujurat, ayat 6)
Firman
ini memberi gambaran bahawa setiap kata-kata yang disampaikan perlu diteliti
dan diselidik terlebih dahulu agar kebenarannya dapat dipastikan dan khabar
tersebut tidak mengandungi unsur fitnah. Hal ini bagi mengelakkan kesan buruk
yang akan menimpa seseorang individu atau ahli masyarakat. Rasulullah S.A.W
juga bersabda. Maksudya: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan
fitnah.”
(Hadis
riwayat Bukhari dan Muslim)
Hadis
Rasulullah ini menunjukkan bahawa fitnah merupakan dosa yang sangat besar dan
berat sehingga tidak dapat memasuki syurga. Oleh itu, Islam melarang dan
mengharamkan dengan keras perbuatan fitnah. Hal ini kerana kesan fitnah adalah
sangat buruk hingga boleh memudaratkan seseorang individu, keluarga, masyarakat
dan Negara.
DEFINISI FITNAH
Kesan
menurut Tesaurus adalah akibat, padah, ekoran. Manakala menurut kamus Dewan
pula ialah yang turut terdapat (timbul,digunakan). Selain itu fitnah juga
bermaksud tuduhan jahat yang sengaja dibuat untuk memburuk-burukkan seseorang.
Isu
fitnah yang berlaku di dalam media social pada zaman sekarang.
DEFINISI
MEDIA SOSIAL
Media
sosial adalah sejenis media yang digunakan terus secara talian dengan
membolehkan para pengguna dengan mudah untuk menyertai, berkongsi, dan mencipta
isi meliputi blog, rangkaian sosial, wiki, forum dan dunia virtual. Blog,
rangkaian sosial dan wiki merupakan bentuk media sosial yang paling umum
digunakan oleh masyarakat di seluruh dunia.
Andreas Kaplan dan Michael Haenlein mendefinisikan media sosial sebagai
"sebuah kumpulan aplikasi berasaskan internet yang membangun atas dasar
ideologi dan teknologi Web 2.0, dan yang membolehkan penciptaan dan pertukaran.
Sementara itu, jaringan sosial merupakan laman di mana setiap orang boleh
membuat laman web secara peribadi, kemudian berhubung dengan rakan-rakan untuk
berkongsi maklumat dan berkomunikasi. Jaringan sosial terbesar antara lain
Facebook, Myspace, Plurk, dan Twitter. Jika media tradisional menggunakan media
cetak dan media penyiaran, maka media sosial menggunakan internet. Media sosial
mengajak sesiapa sahaja yang berminat untuk berhibur dengan memberi sumbangan
dan maklum balas secara terbuka, memberi komen, serta berkongsi maklumat dalam
masa yang cepat dan tidak terhad.
Ketika teknologi internet dan telefon bimbit semakin maju maka media sosial pun
ikut membangun dengan pesat. Kini untuk mengakses facebook atau twitter
misalnya, boleh dilakukan di mana-mana saja dan pada bila-bila masa hanya
dengan menggunakan sebuah telefon bimbit. Begitu pantasnya seseorang boleh
mengakses media sosial mengakibatkan terjadinya fenomena besar terhadap arus
maklumat tidak hanya di negara-negara maju, bahkan juga di Malaysia. Kerana
kelajuannya media sosial juga mula tampak menggantikan peranan media massa
konvensional dalam menyebarkan berita-berita.
Kepesatan perkembangan media sosial kini kerana semua orang seperti boleh
memiliki media sendiri. Jika untuk memiliki media tradisional seperti
televisyen, radio, atau akhbar memerlukan modal yang besar dan tenaga kerja
yang banyak, maka lain halnya dengan media. Seorang pengguna media sosial boleh
mengakses menggunakan media sosial dengan rangkaian internet bahkan yang
aksesnya lambat sekalipun, tanpa bayaran besar, tanpa alat mahal dan dilakukan
sendiri tanpa pekerja. Pengguna media sosial dengan tidak boleh menyunting,
menambah, mengubah suai baik tulisan, gambar, video, grafik, dan pelbagai model
kandungan lain.
Menurut Antony Mayfield dari iCrossing, media sosial adalah mengenai menjadi
manusia biasa. Manusia biasa yang saling berkongsi idea, bekerjasama, dan
bekerjasama untuk mencipta ciptaan, berfikir, berdebat, mencari seseorang yang
boleh menjadi kawan baik, mencari pasangan, dan membina sebuah komuniti.
Terasnya, dengan menggunakan media sosial menjadikan kita sebagai diri sendiri.
Selain kelajuan maklumat yang boleh diakses dalam beberapa saat, menjadikan
diri sendiri dalam media sosial merupakan alasan mengapa media sosial
berkembang pesat. Tidak terkecuali, keinginan untuk kepentingan diri dan
keperluan menciptakan nama peribadi.
Jika dalam kehidupan seharian kita tidak boleh menyampaikan pendapat secara
terbuka kerana satu dan lain hal, maka tidak kita menggunakan media sosial.
Kita boleh menulis apa saja yang kita mahu atau kita tidak mengulas apapun yang
ditulis atau disediakan orang lain. Ini bererti komunikasi terjalin melalui dua
arah. Komunikasi ini kemudian mencipta komuniti dengan cepat kerana adanya
minat yang sama mengenai sesuatu perkara.
PRINSIP-PRINSIP ASAS UNDANG - UNDANG FITNAH
(Law Of Defamation) & PENGGUNAANNYA DI MALAYSIA
Kebelakangan
ini kes-kes fitnah (defamation) sering mendapat perhatian media massa.
Oleh itu, rasanya agak sesuai juga jika blog ini menulis satu artikel ringkas
mengenainya. Mana tahu ada pembaca-pembaca yang yang sudah difitnah atau telah
membuat fitnah dan ingin mengetahui hak-hak dan tanggungan atau liabiliti
mereka dari segi undang-undang.
Suka kami jelaskan di sini bahawa satu
tuntutan di bawah undang-undang tort, fitnah ini bukan sahaja boleh diambil
bagi fitnah-fitnah yang disampaikan di alam nyata atau penulisan di media-media
konvensional.
Malahan,
keputusan-keputusan terbaru mahkamah di Malaysia membenarkan mereka yang
difitnah di media baru atau media cyber untuk mendapat ganti
rugi bagi sebarang fitnah atau tohmahan yang dilemparkan di sana juga.
Sebelum
kita melihat dengan lebih mendalam pemakaian undang-undang fitnah di
Malaysia, elok juga kita mengenal pasti “Apakah itu fitnah atau defamation?“.
Menurut
kamus Oxford, A Concise Dictionary of Law, 2nd Edition, fitnah atau defamation
adalah:
“The publication of a statement about a
person that tends to lower his reputation in the opinion of right thinking
members of the community or to make them shun or avoid him– Oxford, A Concise
Dictionary of Law, 2nd Edition”
Dalam
kata lain, ia merujuk kepada penerbitan kenyataan (lisan atau bertulis) yang
mengakibatkan reputasi seseorang itu jatuh di mata masyarakat. Contohnya: Jika
A mengatakan B merogol C dan mengakibatkan B dipandang serong oleh masyarakat,
maka kenyataan A itu boleh dianggap sesuatu fitnah, tertakluk kepada
elemen-elemen yang digunakan di dalam undang-undang ini.
ISU FITNAH YANG BERLAKU DI DALAM MEDIA SOCIAL PADA ZAMAN
SEKARANG.
Pada
zaman dahulu, fitnah disebarkan melalui lisan dan penulisan yakni surat. Proses
menulis dan menghantar surat biasanya lambat. Akan tetapi, disebabkan hawa
nafsu yang menguasai diri, setiap pemfitnah kan berusaha menyebarkan berita
fitnah itu dengan cepat melalui pelbagai cara dan kaedah. Keadaan ini berbeza
dengan zaman sekarang. Dengan kemajuan teknologi maklumat serta perkembangannya
yang terlalu pesat, setiap berita, cerita, fitnah dan sebagainya dapat
disebarkan dengan lebih mudah dan pantas. Malah ianya tersebar tanpa pengawasan
daripada pihak yang berwajib.
Keupayaan
seseorang dalam menyampaikan maklumat kepada pihak lain tidak dapat dikawal.
Namun, aianya hanya dapat dikawal oleh individu itu sendiri. Kita tidak
menafikan kebaikan teknologi maklumat dalam kehidupan kita
seharian. Dengan kemajuan yang ada perkembangan teknologi dapat membantu dan
memudahkan urusan harian seseorang. Sebagai contoh dalam urusan pembayaran bil,
pembelian barangan keperluan, dan sebagainya. Ianya dapat dilakukan secara atas
talian (online) dengan mengambil masa yang begitu singkat. Walau bagaimanapun,
perkembangan teknologi ini juga memberi kesan yang negatif dalam kehidupan kita
seharian. Fitnah dan berita palsu dapat disebarkan oleh sesiapa sahaja. Sikap
tidak bertanggungjawab ini akan menyebabkan berlakunya pelbagai anasir negatif
seperti pergaduhan, perhubungan bebas dan sebagainya.
Oleh
itu, masyarakat perlu sedar bahawa penggunaan teknologi dengan cara yang tidak
betul akan mengundang pelbagai masalah. Ianya bukan hanya melibatkan masalah
yang kecil-kecil sahaja malah, melibatkan hal-hal yang besar iaitu melibatkan
soal negeri, negara, agama dan bangsa. Kita hanya melihat fitnah melalui media
baharu ini sebagai satu masalah yang kecil namun, tahukah kita bahawa kesannya
amatlah besar sekiranya ia tidak dikawal dan dibendung dengan betu oleh pihak
yang berwajib.
FITNAH!
Di Media Sosial.
Jenayah
fitnah merupakan suatu jenayah yang boleh berlaku sama ada di alam nyata
mahupun di alam siber, tambah-tambah lagi dengan adanya kemudahan laman laman
rangkaian media social yang membolehkan seseorang berinteraksi dan bertukar
pendapat malah memberikan informasi atau dokumen dengan hanya menekan dihujung jari.
Jadi dengan adanya medium perinteraksian seperti media-media social seperti
ini, tidak mustahillah seseorang boleh menyatakan kepada seseorang yang lain
sesuatu yang tidak benar atau sebagainya dan menyebarkan khabar angin yang
tidak betul dan seterusnya menjadi sesuatu fitnah.
Umumnya
fitnah adalah suatu pertuduhan palsu yang direka-reka terhadap seseorang
bertujuan untuk menjatuhkan maruah, nama baik atau kedudukan seseorang.
Sebagaimana maklum, firnah boleh dilakukan secara lisan ataupun bertulis, dan
kini ia juga boleh dilakukan melalui computer. Sifat fitnah sama ada fitnah
dilakukan di alam nyata atau fitnah yang dilakukan melalui komputer adalah sama
sahaja dan impaknyanya juga adalah sama.
Fitnah
telah diperuntukan sebagai suatu jenayah khusus dalam kanun
keseksaan di Bab 21, dari seksyen-seksyen 499-502. Seksyen 499 telah
mentakrifkan perkataan “fitnah” dengan agak terperinci dan menyeluruh.
Penjenayah
yang didakwa dengan jenayah firnah ini jika disabitkan, boleh dihukum penjara
selama tempoh sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.
Fitnah yang disebarkan melalui internet juga boleh termasuk dibawah peruntukan
fitnah yang terkandung dalam Kanun-Keseksaan ini. Ini adalah kerana ia
terjumlah kepada”pernyataan zahir… menyiarkan apa-apa tomahan mengenai
seseorang.” Yang membezakannya dengan fitnah biasa ialah cara bagaimana ia
dilakukan, iaitu melalui internet di dalam komputer dan tidak lebih daripada
itu, sedangkan tujuan dan motif penjenayah adalah sama iaitu merosakkan nama
baik seseorang. Justeru, seksyen 499 boleh digunakan kepada fitnah yang
dilakukan di alam siber ataupun media social jikan mematuhi syarat dan
kecualian yang dimaktubkan dalam kanun keseksaan tersebut.
Selain
daripada itu, peruntukan dalam seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998
juga mungkin terpakai memandangkan subseksyen (1) seksyen berkenaan juga
memasukkan perkataan-perkataan seperti “apa-apa komen….komunikasi lain
yang…palsu….atau jelik sifatnya, dengan niat untuk menyakiti hati,
menganiyai…orang lain”. Frasa yang dimaksudkan ke dalam seksyen berkenaan juga
boleh diterima pakai dalam kes-kes yang melibatkan firnah yang dilakukan di
komputer and ini juga termasuklah di media-media social seperti facebook,
twitter dan sebagainya. Walaubagaimanapun, hukuman dibawah akta inimungkin
lebih ringan berbanding dengan hukuman yang diperuntukan di bawah seksyen 500
Kanun Keseksaan
BENTUK TINDAKAN FITNAH
i. Fitnah
Jenayah
Tindakan
di bawah Kanun Jenayah (Penal
Code) Seksyen 499-502
· Secara
amnya, melibatkan fitnah terhadap pegawai kerajaan dalam kapasiti rasminya atau
seseorang yang mungkin boleh menjejaskan ketenteraman awam.
· Jika
sabit kesalahan, penjara sehingga 2 tahun dan/atau denda.
Tindakan
di bawah Akta Hasutan 1948
(Sedition Act 1948)
· Hasutan
dalam bentuk penerbitan yang menyebabkan kebencian atau mewujudkan kekacauan
terhadap pemerintah atau kerajaan.
· Menimbulkan
rasa tidak puas hati terhadap pemerintahan kerajaan.
· Menimbulkan
perasaan benci di kalangan kaum di Malaysia.
· Jika
sabit dengan kesalahan, denda tidak melebihi RM 5,000.00 dan atau penjara
sehingga 3 tahun bagi kesalahan pertama dan untuk kesalahan seterusnya, penjara
tidak melebihi 5 tahun.
· Tindakan
hanya boleh dimulakan oleh kerajaan melalui Peguam Negara dan tidak melalui
individu.
ii. Fitnah
Sivil
Tindakan
di bawah Akta Fitnah 1957 (Defamation Act)
· Tindakan dimulakan
atas kapasiti persendirian.
· Plaintif
dalam kes memohon penghakiman dan ganti rugi.
Pihak
yang terlibat
· Plaintif
mempunyai hak untuk menentukan defendan dalam kesnya.
· Selalunya,
dalam kes libel, pihak yang terlibat ialah penulis, editor, penerbit, pencetak,
dan kadangkala penjual bahan bercetak tersebut.
· Dalam
kes yang melibatkan teknologi maklumat (IT) seperti e-mel, system pesanan
ringkas (SMS) dan lain-lain, orang yang bertanggungjawab ialah penulis,
penyebar dan pembekal maklumat tersebut.
Bentuk
Ganti Rugi dan Penghakiman
· Ganti
Rugi Khas – perkara ini perlu dibuktikan secara khusus oleh plaintif bahawa
kerugian tersebut ditanggung. Butir-butir ganti rugi mesti diberikan.
· Ganti
Rugi Am – Mahkamah selalunya memutuskan perkara ini berdasarkan fakta kes.
· Ganti
Rugi Teladan (Exemplary Damages) – harus dituntut secara khusus dan mahkamah
hanya membenarkannya sekiranya mahu menghukum defendan.
· Ganti
Rugi Teruk (Aggravated Damages) – hanya dibenarkan jika kes fitnah tersebut
amat serius.
· Sekatan/halangan
(Injunction) – ini bertujuan menghalang penerbitan atau pencetakan diteruskan
pada masa akan datang.
· Memohon
Maaf Secara Terbuka – selalunya dalam kes libel, plaintif menuntut agar
defendan memohon maaf dengan cara pengiklanan.
CONTOH FITNAH DI MALAYSIA
Antara fitnah di Malaysia adalah dari segi politik
,perkauman ,skandal , dan lain-lain.
Factor ini menyebabkan kerosakkan akhlak dan buruk sangka
terhadap individu mahupun perkauman. Contoh – contoh fitnah di keratin akhbar
dan laman sosial.
KESIMPULAN
Kehidupan
kita pada hari ini dihiasi dengan pelbagai nikmat dan hiasan hinggakan tanpa
kita sedari nikmat dan hiasan itu boleh memakan diri sekiranya ia tidak dikawal
dengan baik. Kemajuan teknologi komunikasi telah membuka peluang yang amat
besar kepada individu tidak bertanggungjawab untuk menyebarkan berita palsu dan
memalukan.Golongan seperti ini sentiasa menanti peluang dan ruang untuk
mencapai keinginan mereka. Apabila sesuatu berita itu dapat disampaikan, mereka
akan merasa puas.
Kemajuan
teknologi komunikasi yang begitu pesat dengan kemunculan laman-laman sosial
seperti facebook, twitter, blog dan sebagainya akan mendatangkan kemusnahan
pada manusia dan alam sekiranya ia tidak digunakan dengan betul. Sepatunya,
sebagai seorang muslim kita harus menggunakan kemajuan teknologi komunikasi ini
sebagai medan untuk berdakwah dan menyebarkan ilmu.
Antara
langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah fitnah ialah dengan
mewujudkan sebuah badan khas yang menyelenggara atau menapis segala paparan di
laman sesawang. Hal ini kerana laman sesawang telah menjadi medium utama pada
masa kini untuk menyebarkan fitnah. Ini kerana sifatnya yang terbuka dan bebas
tanpa sempadan berbanding media cetak. Apatah lagi konsep kebebasan bersuara
dan hak asasi manusia yang diamalkan tanpa sekatan dalam internet itu sendiri
membolehkan sesiapa sahaja menghantar atau menyiarkan sebarang maklumat sama
ada benar atau tidak. Seandainya sebuah badan penapis atau pemantau diwujudkan,
cerita-cerita yang tidak sepatutnya dapat dihalang untuk disiarkan, seterusnya
mampu mengurangkan masalah fitnah…
Titanium Mens Ring | Etsy
ReplyDeleteMaterial and titanium wheels structure of the Ring · Material and titanium tv apk structure of the Ring · Material and structure of the Ring 2018 ford fusion energi titanium · titanium jewelry for piercings Sterling · Swing titanium hip