Tuesday 28 February 2017





NAMA AHLI:


NAMA
NO.PENDAFTARAN
MUHAMMAD PUTERA DANIAL DZARIF BIN SABARUDIN
02ESB14F2004
NOR HAFIZA BT MOHD NOOR
02DSB14F2025
SUHAIMIZA BINTI ISMAIL
02DSB14F2017
NUR ADZALAM NASHRAH BT ABDULL ADZIZ
02DSB14F2009
NUR SYAHEERA FARIZA BT ABD.RAHAMAN
02CSB14F2004


APAKAH PERSEPSI ANDA TENTANG PERLELUASAN FITNAH YANG BERLAKU DALAM INTERNET/MEDIA SOSIAL.


PENDAHULUAN

    Pada masa kini, isu fitnah bukan sahaja berbentuk percakapan antara dua pihak namun juga dalam bentuk penulisan. Misalnya, dalam komunikasi massa terutamanya dalam blog juga turut wujudnya fitnah. Fitnah juga merupakan satu perbuatan yang terkutuk dan sangat dicela oleh mana-mana agama. Firman Allah yang bermaksud:
Wahai orang yang beriman, jika datang kepadamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik(untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpa sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu(mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.
(Surah al-Hujurat, ayat 6)

Firman ini memberi gambaran bahawa setiap kata-kata yang disampaikan perlu diteliti dan diselidik terlebih dahulu agar kebenarannya dapat dipastikan dan khabar tersebut tidak mengandungi unsur fitnah. Hal ini bagi mengelakkan kesan buruk yang akan menimpa seseorang individu atau ahli masyarakat. Rasulullah S.A.W juga bersabda. Maksudya: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.”
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


Hadis Rasulullah ini menunjukkan bahawa fitnah merupakan dosa yang sangat besar dan berat sehingga tidak dapat memasuki syurga. Oleh itu, Islam melarang dan mengharamkan dengan keras perbuatan fitnah. Hal ini kerana kesan fitnah adalah sangat buruk hingga boleh memudaratkan seseorang individu, keluarga, masyarakat dan Negara.


DEFINISI FITNAH

Kesan menurut Tesaurus adalah akibat, padah, ekoran. Manakala menurut kamus Dewan pula ialah yang turut terdapat (timbul,digunakan). Selain itu fitnah juga bermaksud tuduhan jahat yang sengaja dibuat untuk memburuk-burukkan seseorang.
Isu fitnah yang berlaku di dalam media social pada zaman sekarang.



DEFINISI MEDIA SOSIAL



  Media sosial adalah sejenis media yang digunakan terus secara talian dengan membolehkan para pengguna dengan mudah untuk menyertai, berkongsi, dan mencipta isi meliputi blog, rangkaian sosial, wiki, forum dan dunia virtual. Blog, rangkaian sosial dan wiki merupakan bentuk media sosial yang paling umum digunakan oleh masyarakat di seluruh dunia.

Andreas Kaplan dan Michael Haenlein mendefinisikan media sosial sebagai "sebuah kumpulan aplikasi berasaskan internet yang membangun atas dasar ideologi dan teknologi Web 2.0, dan yang membolehkan penciptaan dan pertukaran.

Sementara itu, jaringan sosial merupakan laman di mana setiap orang boleh membuat laman web secara peribadi, kemudian berhubung dengan rakan-rakan untuk berkongsi maklumat dan berkomunikasi. Jaringan sosial terbesar antara lain Facebook, Myspace, Plurk, dan Twitter. Jika media tradisional menggunakan media cetak dan media penyiaran, maka media sosial menggunakan internet. Media sosial mengajak sesiapa sahaja yang berminat untuk berhibur dengan memberi sumbangan dan maklum balas secara terbuka, memberi komen, serta berkongsi maklumat dalam masa yang cepat dan tidak terhad.

Ketika teknologi internet dan telefon bimbit semakin maju maka media sosial pun ikut membangun dengan pesat. Kini untuk mengakses facebook atau twitter misalnya, boleh dilakukan di mana-mana saja dan pada bila-bila masa hanya dengan menggunakan sebuah telefon bimbit. Begitu pantasnya seseorang boleh mengakses media sosial mengakibatkan terjadinya fenomena besar terhadap arus maklumat tidak hanya di negara-negara maju, bahkan juga di Malaysia. Kerana kelajuannya media sosial juga mula tampak menggantikan peranan media massa konvensional dalam menyebarkan berita-berita.

Kepesatan perkembangan media sosial kini kerana semua orang seperti boleh memiliki media sendiri. Jika untuk memiliki media tradisional seperti televisyen, radio, atau akhbar memerlukan modal yang besar dan tenaga kerja yang banyak, maka lain halnya dengan media. Seorang pengguna media sosial boleh mengakses menggunakan media sosial dengan rangkaian internet bahkan yang aksesnya lambat sekalipun, tanpa bayaran besar, tanpa alat mahal dan dilakukan sendiri tanpa pekerja. Pengguna media sosial dengan tidak boleh menyunting, menambah, mengubah suai baik tulisan, gambar, video, grafik, dan pelbagai model kandungan lain.

Menurut Antony Mayfield dari iCrossing, media sosial adalah mengenai menjadi manusia biasa. Manusia biasa yang saling berkongsi idea, bekerjasama, dan bekerjasama untuk mencipta ciptaan, berfikir, berdebat, mencari seseorang yang boleh menjadi kawan baik, mencari pasangan, dan membina sebuah komuniti. Terasnya, dengan menggunakan media sosial menjadikan kita sebagai diri sendiri. Selain kelajuan maklumat yang boleh diakses dalam beberapa saat, menjadikan diri sendiri dalam media sosial merupakan alasan mengapa media sosial berkembang pesat. Tidak terkecuali, keinginan untuk kepentingan diri dan keperluan menciptakan nama peribadi.


Jika dalam kehidupan seharian kita tidak boleh menyampaikan pendapat secara terbuka kerana satu dan lain hal, maka tidak kita menggunakan media sosial. Kita boleh menulis apa saja yang kita mahu atau kita tidak mengulas apapun yang ditulis atau disediakan orang lain. Ini bererti komunikasi terjalin melalui dua arah. Komunikasi ini kemudian mencipta komuniti dengan cepat kerana adanya minat yang sama mengenai sesuatu perkara.


PRINSIP-PRINSIP ASAS UNDANG - UNDANG FITNAH (Law Of Defamation) & PENGGUNAANNYA DI MALAYSIA



 
Kebelakangan ini kes-kes fitnah (defamation) sering mendapat perhatian media massa. Oleh itu, rasanya agak sesuai juga jika blog ini menulis satu artikel ringkas mengenainya. Mana tahu ada pembaca-pembaca yang yang sudah difitnah atau telah membuat fitnah dan ingin mengetahui hak-hak dan tanggungan atau liabiliti mereka dari segi undang-undang.
Suka kami jelaskan di sini bahawa satu tuntutan di bawah undang-undang tort, fitnah ini bukan sahaja boleh diambil bagi fitnah-fitnah yang disampaikan di alam nyata atau penulisan di media-media konvensional.

 Malahan, keputusan-keputusan terbaru mahkamah di Malaysia membenarkan mereka yang difitnah di media baru atau media cyber untuk mendapat ganti rugi bagi sebarang fitnah atau tohmahan yang dilemparkan di sana juga.
Sebelum kita melihat dengan lebih mendalam pemakaian undang-undang fitnah  di Malaysia, elok juga kita mengenal pasti “Apakah itu fitnah atau defamation?“.

Menurut kamus Oxford, A Concise Dictionary of Law, 2nd Edition, fitnah atau defamation adalah:

“The publication of a statement about a person that tends to lower his reputation in the opinion of right thinking members of the community or to make them shun or avoid him– Oxford, A Concise Dictionary of Law, 2nd Edition”
Dalam kata lain, ia merujuk kepada penerbitan kenyataan (lisan atau bertulis) yang mengakibatkan reputasi seseorang itu jatuh di mata masyarakat. Contohnya: Jika A mengatakan B merogol C dan mengakibatkan B dipandang serong oleh masyarakat, maka kenyataan A itu boleh dianggap sesuatu fitnah, tertakluk kepada elemen-elemen yang digunakan di dalam undang-undang ini.


ISU FITNAH YANG BERLAKU DI DALAM MEDIA SOCIAL PADA ZAMAN SEKARANG.

Pada zaman dahulu, fitnah disebarkan melalui lisan dan penulisan yakni surat. Proses menulis dan menghantar surat biasanya lambat. Akan tetapi, disebabkan hawa nafsu yang menguasai diri, setiap pemfitnah kan berusaha menyebarkan berita fitnah itu dengan cepat melalui pelbagai cara dan kaedah. Keadaan ini berbeza dengan zaman sekarang. Dengan kemajuan teknologi maklumat serta perkembangannya yang terlalu pesat, setiap berita, cerita, fitnah dan sebagainya dapat disebarkan dengan lebih mudah dan pantas. Malah ianya tersebar tanpa pengawasan daripada pihak yang berwajib.

Keupayaan seseorang dalam menyampaikan maklumat kepada pihak lain tidak dapat dikawal. Namun, aianya hanya dapat dikawal oleh individu itu sendiri. Kita tidak menafikan kebaikan teknologi maklumat dalam kehidupan kita seharian. Dengan kemajuan yang ada perkembangan teknologi dapat membantu dan memudahkan urusan harian seseorang. Sebagai contoh dalam urusan pembayaran bil, pembelian barangan keperluan, dan sebagainya. Ianya dapat dilakukan secara atas talian (online) dengan mengambil masa yang begitu singkat. Walau bagaimanapun, perkembangan teknologi ini juga memberi kesan yang negatif dalam kehidupan kita seharian. Fitnah dan berita palsu dapat disebarkan oleh sesiapa sahaja. Sikap tidak bertanggungjawab ini akan menyebabkan berlakunya pelbagai anasir negatif seperti pergaduhan, perhubungan bebas dan sebagainya.

Oleh itu, masyarakat perlu sedar bahawa penggunaan teknologi dengan cara yang tidak betul akan mengundang pelbagai masalah. Ianya bukan hanya melibatkan masalah yang kecil-kecil sahaja malah, melibatkan hal-hal yang besar iaitu melibatkan soal negeri, negara, agama dan bangsa. Kita hanya melihat fitnah melalui media baharu ini sebagai satu masalah yang kecil namun, tahukah kita bahawa kesannya amatlah besar sekiranya ia tidak dikawal dan dibendung dengan betu oleh pihak yang berwajib.

 Image result for fitnah

FITNAH! Di Media Sosial.

Jenayah fitnah merupakan suatu jenayah yang boleh berlaku sama ada di alam nyata mahupun di alam siber, tambah-tambah lagi dengan adanya kemudahan laman laman rangkaian media social yang membolehkan seseorang berinteraksi dan bertukar pendapat malah memberikan informasi atau dokumen dengan hanya menekan dihujung jari. Jadi dengan adanya medium perinteraksian seperti media-media social seperti ini, tidak mustahillah seseorang boleh menyatakan kepada seseorang yang lain sesuatu yang tidak benar atau sebagainya dan menyebarkan khabar angin yang tidak betul dan seterusnya menjadi sesuatu fitnah.

Umumnya fitnah adalah suatu pertuduhan palsu yang direka-reka terhadap seseorang bertujuan untuk menjatuhkan maruah, nama baik atau kedudukan seseorang. Sebagaimana maklum, firnah boleh dilakukan secara lisan ataupun bertulis, dan kini ia juga boleh dilakukan melalui computer. Sifat fitnah sama ada fitnah dilakukan di alam nyata atau fitnah yang dilakukan melalui komputer adalah sama sahaja dan impaknyanya juga adalah sama.

Fitnah telah diperuntukan  sebagai suatu jenayah khusus dalam kanun keseksaan di Bab 21, dari seksyen-seksyen 499-502. Seksyen 499 telah mentakrifkan perkataan “fitnah” dengan agak terperinci dan menyeluruh.

Penjenayah yang didakwa dengan jenayah firnah ini jika disabitkan, boleh dihukum penjara selama tempoh sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali. Fitnah yang disebarkan melalui internet juga boleh termasuk dibawah peruntukan fitnah yang terkandung dalam Kanun-Keseksaan ini. Ini adalah kerana ia terjumlah kepada”pernyataan zahir… menyiarkan apa-apa tomahan mengenai seseorang.” Yang membezakannya dengan fitnah biasa ialah cara bagaimana ia dilakukan, iaitu melalui internet di dalam komputer dan tidak lebih daripada itu, sedangkan tujuan dan motif penjenayah adalah sama iaitu merosakkan nama baik seseorang. Justeru, seksyen 499 boleh digunakan kepada fitnah yang dilakukan di alam siber ataupun media social jikan mematuhi syarat dan kecualian yang dimaktubkan dalam kanun keseksaan tersebut.

Selain daripada itu, peruntukan dalam seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 juga mungkin terpakai memandangkan subseksyen (1) seksyen berkenaan juga memasukkan perkataan-perkataan seperti “apa-apa komen….komunikasi lain yang…palsu….atau jelik sifatnya, dengan niat untuk menyakiti hati, menganiyai…orang lain”. Frasa yang dimaksudkan ke dalam seksyen berkenaan juga boleh diterima pakai dalam kes-kes yang melibatkan firnah yang dilakukan di komputer and ini juga termasuklah di media-media social seperti facebook, twitter dan sebagainya. Walaubagaimanapun, hukuman dibawah akta inimungkin lebih ringan berbanding dengan hukuman yang diperuntukan di bawah seksyen 500 Kanun Keseksaan





BENTUK TINDAKAN FITNAH

        i.            Fitnah Jenayah

Tindakan di bawah Kanun Jenayah (Penal Code) Seksyen 499-502
·         Secara amnya, melibatkan fitnah terhadap pegawai kerajaan dalam kapasiti rasminya atau seseorang yang mungkin boleh menjejaskan ketenteraman awam.
·         Jika sabit kesalahan, penjara sehingga 2 tahun dan/atau denda.

Tindakan di bawah Akta Hasutan 1948 (Sedition Act 1948)
·         Hasutan dalam bentuk penerbitan yang menyebabkan kebencian atau mewujudkan kekacauan terhadap pemerintah atau kerajaan.
·         Menimbulkan rasa tidak puas hati terhadap pemerintahan kerajaan.
·         Menimbulkan perasaan benci di kalangan kaum di Malaysia.
·         Jika sabit dengan kesalahan, denda tidak melebihi RM 5,000.00 dan atau penjara sehingga 3 tahun bagi kesalahan pertama dan untuk kesalahan seterusnya, penjara tidak melebihi 5 tahun.
·         Tindakan hanya boleh dimulakan oleh kerajaan melalui Peguam Negara dan tidak melalui individu.


      ii.            Fitnah Sivil

Tindakan di bawah Akta Fitnah 1957 (Defamation Act)
·         Tindakan dimulakan atas kapasiti persendirian.
·         Plaintif dalam kes memohon penghakiman dan ganti rugi.

Pihak yang terlibat
·         Plaintif mempunyai hak untuk menentukan defendan dalam kesnya.
·         Selalunya, dalam kes libel, pihak yang terlibat ialah penulis, editor, penerbit, pencetak, dan kadangkala penjual bahan bercetak tersebut.
·         Dalam kes yang melibatkan teknologi maklumat (IT) seperti e-mel, system pesanan ringkas (SMS) dan lain-lain, orang yang bertanggungjawab ialah penulis, penyebar dan pembekal maklumat tersebut.

Bentuk Ganti Rugi dan Penghakiman
·         Ganti Rugi Khas – perkara ini perlu dibuktikan secara khusus oleh plaintif bahawa kerugian tersebut ditanggung. Butir-butir ganti rugi mesti diberikan.
·         Ganti Rugi Am – Mahkamah selalunya memutuskan perkara ini berdasarkan fakta kes.
·         Ganti Rugi Teladan (Exemplary Damages) – harus dituntut secara khusus dan mahkamah hanya membenarkannya sekiranya mahu menghukum defendan.
·         Ganti Rugi Teruk (Aggravated Damages) – hanya dibenarkan jika kes fitnah tersebut amat serius.
·         Sekatan/halangan (Injunction) – ini bertujuan menghalang penerbitan atau pencetakan diteruskan pada masa akan datang.
·         Memohon Maaf Secara Terbuka – selalunya dalam kes libel, plaintif menuntut agar defendan memohon maaf dengan cara pengiklanan.


CONTOH FITNAH DI MALAYSIA

Antara fitnah di Malaysia adalah dari segi politik ,perkauman ,skandal , dan lain-lain.
Factor ini menyebabkan kerosakkan akhlak dan buruk sangka terhadap individu mahupun perkauman. Contoh – contoh fitnah di keratin akhbar dan laman sosial.  








KESIMPULAN

Kehidupan kita pada hari ini dihiasi dengan pelbagai nikmat dan hiasan hinggakan tanpa kita sedari nikmat dan hiasan itu boleh memakan diri sekiranya ia tidak dikawal dengan baik. Kemajuan teknologi komunikasi telah membuka peluang yang amat besar kepada individu tidak bertanggungjawab untuk menyebarkan berita palsu dan memalukan.Golongan seperti ini sentiasa menanti peluang dan ruang untuk mencapai keinginan mereka. Apabila sesuatu berita itu dapat disampaikan, mereka akan merasa puas.

Kemajuan teknologi komunikasi yang begitu pesat dengan kemunculan laman-laman sosial seperti facebook, twitter, blog dan sebagainya akan mendatangkan kemusnahan pada manusia dan alam sekiranya ia tidak digunakan dengan betul. Sepatunya, sebagai seorang muslim kita harus menggunakan kemajuan teknologi komunikasi ini sebagai medan untuk berdakwah dan menyebarkan ilmu.

Antara langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah fitnah ialah dengan mewujudkan sebuah badan khas yang menyelenggara atau menapis segala paparan di laman sesawang. Hal ini kerana laman sesawang telah menjadi medium utama pada masa kini untuk menyebarkan fitnah. Ini kerana sifatnya yang terbuka dan bebas tanpa sempadan berbanding media cetak. Apatah lagi konsep kebebasan bersuara dan hak asasi manusia yang diamalkan tanpa sekatan dalam internet itu sendiri membolehkan sesiapa sahaja menghantar atau menyiarkan sebarang maklumat sama ada benar atau tidak. Seandainya sebuah badan penapis atau pemantau diwujudkan, cerita-cerita yang tidak sepatutnya dapat dihalang untuk disiarkan, seterusnya mampu mengurangkan masalah fitnah…